Saturday, 28 July 2012

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Juruteknik Elektrik Rendah (Tahap 1 & 2)
Melakukan pendawaian permukaan satu fasa dan tiga fasa, pendawaian tersembunyi, pendawaian konduit, kerja penyaluran, pemasangan & aksesori. Beliau juga berupaya menemukan kerosakan, pembaikan, pengujian, kerja-kerja pemasangan kabel, perkhidmatan & pemasangan motor dan kerja-kerja pemasangan sistem pembumian dan membantu Juruteknik Elektrik Kanan dalam semua Pemasangan elektrik dan kerja-kerja penyelenggaraan. 
  • Melaksanakan pendawaian domestik
  • Melaksanakan pendawaian Perindustrian
  • Melaksanakan satu fasa & 3 fasa pengujian elektrik
  • Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan (troubleshooting) dan elektrik
  • Melaksanakan lukisan 1 fasa & Tiga Fasa lukisan


Juruteknik Elektrik Kanan (Tahap 3) 
Melakukan pengagihan kuasa elektrik (LV), pemasangan jentera dan penyelenggaraan motor, penjana, pengubah,pemasangan dan penyelengaraan elektrik, memasang & menyelenggara lampu jalan, menyelia pekerja bawahan dan membantu Penolong Jurutera dalam pemasangan & penyelenggaraan kerja-kerja elektrik.
  •  Melaksanakan pemasangan elektrik
  • Melaksanakan penyelenggaraan elektrik
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelesaian masalah
  • Melaksanakan fungsi penyeliaan.


PROSPEK KERJAYA
Juruelektrik merupakan suatu kerjaya yang paling diperlukan di dalam semua industri. Prospek pekerjaaan ini wujud dalam semua organisasi yang memerlukan penyelengaraan elektrik, sepeti kilang-kilang(semua industri), hotel, bangunan kerajayaan projek perumahan, projek-projek pembinaan, hospital, stadium, infrastruktur awan, kontraktor elektrik swasta, sekolah dan sebagainya. Juruelektrik dengan semangat keusahawanan juga boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan seperti memiliki syarikat kontraktor elektrik.

Tajuk (Title)
:
Juruelektrik (Electrician)
Kod (Code)    
:
C-051
Tahap (Levels)
:
1, 2 & 3
Tempoh (Duration)
:
2 tahun termasuk 6 bulan latihan dengan syarikat terpilih.
2 years inclusive of 6 months On-Job Training in selected electrical companies
Anugerah (Award)
:
Sijil Kemahiran Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia bagi setiap Tahap.
Malaysian Skills certificate by Ministry of Human Resources Malaysia for each level
Pengiktirafan
(Recognition)
:
Sijil diiktiraf oleh Kerajaan
Government recognized certificate award
Kelayakan masuk(Entry Requirements)  
:
PMR keatas.
PMR and above
          

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

No comments:

Post a Comment