
Juruteknik Elektrik Rendah (Tahap 1 & 2)
Melakukan pendawaian permukaan satu fasa dan tiga fasa, pendawaian tersembunyi, pendawaian konduit, kerja penyaluran, pemasangan & aksesori. Beliau juga berupaya menemukan kerosakan, pembaikan, pengujian, kerja-kerja pemasangan kabel, perkhidmatan & pemasangan motor dan kerja-kerja pemasangan sistem pembumian dan membantu Juruteknik Elektrik Kanan dalam semua Pemasangan elektrik dan kerja-kerja penyelenggaraan.
- Melaksanakan pendawaian domestik
- Melaksanakan pendawaian Perindustrian
- Melaksanakan satu fasa & 3 fasa pengujian elektrik
- Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan (troubleshooting) dan elektrik
- Melaksanakan lukisan 1 fasa & Tiga Fasa lukisan
Juruteknik Elektrik Kanan (Tahap 3)
Melakukan pengagihan kuasa elektrik (LV), pemasangan jentera dan penyelenggaraan motor, penjana, pengubah,pemasangan dan penyelengaraan elektrik, memasang & menyelenggara lampu jalan, menyelia pekerja bawahan dan membantu Penolong Jurutera dalam pemasangan & penyelenggaraan kerja-kerja elektrik.
- Melaksanakan pemasangan elektrik
- Melaksanakan penyelenggaraan elektrik
- Melaksanakan kerja-kerja penyelesaian masalah
- Melaksanakan fungsi penyeliaan.
PROSPEK KERJAYA
Juruelektrik merupakan suatu kerjaya yang paling diperlukan di dalam semua industri. Prospek pekerjaaan ini wujud dalam semua organisasi yang memerlukan penyelengaraan elektrik, sepeti kilang-kilang(semua industri), hotel, bangunan kerajayaan projek perumahan, projek-projek pembinaan, hospital, stadium, infrastruktur awan, kontraktor elektrik swasta, sekolah dan sebagainya. Juruelektrik dengan semangat keusahawanan juga boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan seperti memiliki syarikat kontraktor elektrik.
Tajuk (Title) |
:
| Juruelektrik (Electrician) |
Kod (Code) |
:
| C-051 |
Tahap (Levels) |
:
| 1, 2 & 3 |
Tempoh (Duration) |
:
|
2 tahun termasuk 6 bulan latihan dengan syarikat terpilih.
2 years inclusive of 6 months On-Job Training in selected electrical companies |
Anugerah (Award) |
:
|
Sijil Kemahiran Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia bagi setiap Tahap.
Malaysian Skills certificate by Ministry of Human Resources Malaysia for each level |
Pengiktirafan (Recognition) |
:
|
Sijil diiktiraf oleh Kerajaan
Government recognized certificate award |
Kelayakan masuk(Entry Requirements) |
:
|
PMR keatas.
PMR and above |
